Posts filed under: ‘ceria selalu‘




Kasihan si kecil

Masalah pertukaran pembantu rumah memang sudah menjadi lumrah bagi mereka yang keluar bekerja suami dan isteri. walaupun masalah ini lumrah tapi bagi si kecil ianya meninggalkan kesan yang mendalam kerana terpaksa melalui bermacam-macam muka pengasuh. Ada yang sayu…. ada yang muram dan ada yang ceria. Tetapi sebagai ibubapanya yang keluar bekerja risiko seperti ini terpaksa di hadapi jua…dengan sabar dan tabah dan berdoa semoga anaknya selamat semasa ketiadaannya di rumah. Selamat bertugas…. sukses selalu dan bersemangat….. (more…)

Add a comment April 20, 2008

TAMAN ORKID

Kata orang memandang bunga boleh menurunkan stress.  Sejauh mana kebenaran ini.. perlu di selidik.. oleh yang demikian untuk mempastikan kebenarannya cubalah selalu memandang bunga-bungaan seperti bunga orkid… siapa tahu kenyataan ini benar…. cuba jangan tak cuba.

Dan kata orang juga memandang pokok yang kehijauan boleh menerangkan mata… ini pun mesti di cuba siapa tahu ada benarnya….

Add a comment April 19, 2008

Pengalaman belajar kelas Teknologi Pendidikan

bila di sebut berhubung dengan teknologi pendidikan terbayang oleh kita pelajaranya ialah bagaimana mengunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran. Dulu sebelum saya memasuki kelas ini, saya tidak begitu tertarik dengan pengunaan computer. Biasanya computer hanyalah di gunakan untuk membuat kerja rutin di sekolah seperti membuat minit, surat menyurat, laporan dan membuat tugas yang berkaitan. tetapi apabila saua memasuki kelas ini terbuka minda saya untuk lebih mendalami pengunaan kumputer misalnya mencari maklumat daripada internet, membuat blok, power point dan lain-lain. Baru saya terfikir bahawa di zaman yang serba canggih seperti sekarang ini bidang computer banyak faedahnya jika kita pandai mengunakan dan tahu menghargainya. Saya meminati pelajaran ini dan betullah peribahasa yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Dan apabila melihat di tanya kawan-kawan berkenaan dengan pelajaran ini mereka pun sama sependapat dengan saya. kata saya di dalam hati ” kita serupa walaupun tak sama “.

Add a comment April 9, 2008

KENANGAN TERINDAH 2007

Tahun 2007 memberikan banyak kenangan kepada sekolah ini apabila di anugerahkan beberapa anugerah. Di antaranya anugerah Program 3k, anugerah sekolah Ugama Tauladan dan anugerah murid cemerlang peringkat kawasan dan senegara. Mudah-mudahan kenangan indah ini akan di kenang sampai bila-bila.

Add a comment March 11, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

June 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Posts by Month

Posts by Category

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.