Posts filed under: ‘ARTIKEL‘




HASIL TANAMAN

Beberapa bulan yang lalu hasil tanaman mengeluarkan buah yang tidak di sangka . Terasa hanya beberapa detik kemudian buah-buahan tersebut sudah membesar dan hanya menunggu beberapa masa sahaja lagi untuk menghasilkan buah yang masak. .. memanglah kalau kita berbakti kepada tanah, tanah akan berbakti kepada kita…

Add a comment April 27, 2008

KECANTIKAN BUNGA ORKID

Bunga orkid adalah merupakan sejenis bunga hiasan yang cantik kerana ia memiliki keunikan daripada bunga yang lain. Penjagaan nya pula mudah dn bila musim berbunga banyaklah bunga nya akan mekar menghiasi taman.

Add a comment April 25, 2008

MOTORSIKAL

16 tahun yang lalu kenderaan ini sudah tidak asing lagi di gunakan di kampong saya kerana pada ketika itu jalan raya belum ada.  Hampir semua penghuni kampong ini pandai mengunakan kenderaan ini kerana ianya adalah satu-satunya pengangkutan yang mudah dan cepat untuk sampai ke tempat yang di tuju.  Teringat saya semasa masih kecil lagi jika hendak menghadiri kenduri / majlis perkahwinan di kampong sebelah terpaksa berjalan kaki sementara menunggu kenderaan ini membawa kerana kemuatannya hanyalah 2 orang sahaja, jika sampai 20 orang bermakna terpaksa berulang alik mengambil penumpang… yang kasihannya orang yang memandu..  kadang-kadang terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja daripada menunggu lebih lama.  Tapi ada jua hikmatnya dengan  secara tidak langsung boleh memperomosikan kesihatan.  Yang lebih syok lagi kalau berjalan kaki di waktu tengahari… kalau selalu sunburn kali ah.. walau tah kan memperomosikan kesihatan….

Menunggang motosikal bukan hanya di kalangan lelaki tapi perempuan pun sama juga.  Yang lebih lucu lagi penunggangnya terdiri daripada nenek perempuan.. wah sportingnya…. moden kali ah.  Yang lebih menarik lagi apabila melihat penunggang motorsikal dengan seorang penumpang membawa tong gas dan membawanya  dengan tujuan untuk menukar yang baru.  Terfikir oleh saya kalau perjalanan sejauh 2 kilometer ok lah… boleh bertahan tapi bayangkanlah kalau perjalanan sejauh 10 kilometer… bolehkah bertahan untuk mengangkat tong gas di atas kepala….. Pedih kali ah… demam agaknya.  Kalau orang yang di kategorikan orang kuat angkat berat bolehlah… tapi kalau tidak bagaimana ya ? …

Apabila jalan raya di bina dan siap pada akhir tahun 1993 dan awal tahun 1994 masih juga kelihatan banyak penunggang motorsikal di kampong itu, maklumlah sudah terbiasa mengunakannya.  Tapi bagi saya sendiri saya merasa fobia untuk menaiki kenderaan ini kerana saya pernah terjatuh.  Sudah pun terjatuh terluka lagi.  Walaupun lukanya sudah sembuh tapi parutnya masih ada.

Dulu kenderaan ini jarang terlihat di kawasan bandar tapi sekarang kenderaan ini sudah banyak di gunakan.  Menurut mereka kenderaan ini digunakan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas yang selalu di hadapi.  Benarkan… dan jualan motorsikal semakin banyak di pasaran.  Bukan hanya lelaki perempuan pun ada juga.  Terbayang di ingatan saya dulu hanya di kampong saya saja yang popular dengan kenderaan ini tapi sekarang di bandar lagi popular.. macam-macam ada… Tapi walaupun kenderaan ini masih di gunakan sebagai alat penghubung tapi saya tetap beranggapan jika ada lagi kenderaa selain motorsikal saya masih memilih kenderaan lain daripada mengunakannya.  Bukan kerana sombong tapi ada kenangan masa silam yang masih segar dalam ingatan…… kepada penunggang motorsikal berhati-hati di jalan raya dan utamakan keselamatan dan ingat orang yang tersayang… maju selalu…  Bersemangat…….

Add a comment April 20, 2008

Pokok Mangga

Add a comment April 20, 2008

KA’ABAH

Saya pernah mengunjungi Tanah suci Mekah 10 tahun yang lalu semasa mengerjakan ibadat Umrah. Pada mula saya memasuki Masjidil Haram Mekah dan kemudian terpandang bangunan kaabah terasa sedih hati saya dan mengeluarkan air mata haru, terasa sebak di hati ini. Suasana pada ketika itu sayu serupa faham perasaan saya. Apabila tiba saat meninggalkan masjidil haram dan kaabah untuk kembali ke Tanah air, sekali lagi terasa kesedihan yang amat dalam terasa berat untuk meninggalkannya. Insya Allah jika ada kesempatan, di panjangkan umur, murah rezeki dan badan sihat mudah-mudah akan datang lagi berziarah ke sana.

Add a comment April 19, 2008

AKTIVITI MEMANCING

Memancing merupakan satu hobi yang sihat untuk mengisikan masa yang terluang terutama semasa cuti persekolahan. Semasa memancing kita perlu banyak bersabar, kerana jika tidak sabar mungkin akan merasa bosan menunggu hasil pancingan. Memancing udang galah adalah salah satu aktiviti pancing yang paling saya suka apatah lagi jika udang galah yang di perolehi itu besar dan mempunyai sauh. Masa memancing tidak terasa kerana terlalu asyik menunggu pancing berhasil menaikkan beberapa banyak udang galah. Tetapi kebosanan pula akan timbul jika pancing kita tidak berhasil dan terasa masa yang dilalui terlalu panjang. Di kampong saya aktiviti memancing udang galah memang popular. Hampir rata-rata orang di sana mengendalikan aktiviti ini sebagai satu kebiasaan di samping untuk santapan makan tengahari dan makan malam. Tapi awas jangan selalu kerana ia boleh menimbulkan banyak kolestrol. Jika anda ingin mengikuti aktiviti memancing ini datanglah melawat ke kampong saya. Di katakan udang galah tersebut terasa sedap…. cuba jangan tak cuba….

Add a comment April 17, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

June 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Posts by Month

Posts by Category

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.