Archive for April 20th, 2008
Kasihan si kecil
Masalah pertukaran pembantu rumah memang sudah menjadi lumrah bagi mereka yang keluar bekerja suami dan isteri. walaupun masalah ini lumrah tapi bagi si kecil ianya meninggalkan kesan yang mendalam kerana terpaksa melalui bermacam-macam muka pengasuh. Ada yang sayu…. ada yang muram dan ada yang ceria. Tetapi sebagai ibubapanya yang keluar bekerja risiko seperti ini terpaksa di hadapi jua…dengan sabar dan tabah dan berdoa semoga anaknya selamat semasa ketiadaannya di rumah. Selamat bertugas…. sukses selalu dan bersemangat…..
(more…)
Add a comment April 20, 2008
MOTORSIKAL
16 tahun yang lalu kenderaan ini sudah tidak asing lagi di gunakan di kampong saya kerana pada ketika itu jalan raya belum ada. Hampir semua penghuni kampong ini pandai mengunakan kenderaan ini kerana ianya adalah satu-satunya pengangkutan yang mudah dan cepat untuk sampai ke tempat yang di tuju. Teringat saya semasa masih kecil lagi jika hendak menghadiri kenduri / majlis perkahwinan di kampong sebelah terpaksa berjalan kaki sementara menunggu kenderaan ini membawa kerana kemuatannya hanyalah 2 orang sahaja, jika sampai 20 orang bermakna terpaksa berulang alik mengambil penumpang… yang kasihannya orang yang memandu.. kadang-kadang terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja daripada menunggu lebih lama. Tapi ada jua hikmatnya dengan secara tidak langsung boleh memperomosikan kesihatan. Yang lebih syok lagi kalau berjalan kaki di waktu tengahari… kalau selalu sunburn kali ah.. walau tah kan memperomosikan kesihatan….
Menunggang motosikal bukan hanya di kalangan lelaki tapi perempuan pun sama juga. Yang lebih lucu lagi penunggangnya terdiri daripada nenek perempuan.. wah sportingnya…. moden kali ah. Yang lebih menarik lagi apabila melihat penunggang motorsikal dengan seorang penumpang membawa tong gas dan membawanya dengan tujuan untuk menukar yang baru. Terfikir oleh saya kalau perjalanan sejauh 2 kilometer ok lah… boleh bertahan tapi bayangkanlah kalau perjalanan sejauh 10 kilometer… bolehkah bertahan untuk mengangkat tong gas di atas kepala….. Pedih kali ah… demam agaknya. Kalau orang yang di kategorikan orang kuat angkat berat bolehlah… tapi kalau tidak bagaimana ya ? …
Apabila jalan raya di bina dan siap pada akhir tahun 1993 dan awal tahun 1994 masih juga kelihatan banyak penunggang motorsikal di kampong itu, maklumlah sudah terbiasa mengunakannya. Tapi bagi saya sendiri saya merasa fobia untuk menaiki kenderaan ini kerana saya pernah terjatuh. Sudah pun terjatuh terluka lagi. Walaupun lukanya sudah sembuh tapi parutnya masih ada.
Dulu kenderaan ini jarang terlihat di kawasan bandar tapi sekarang kenderaan ini sudah banyak di gunakan. Menurut mereka kenderaan ini digunakan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas yang selalu di hadapi. Benarkan… dan jualan motorsikal semakin banyak di pasaran. Bukan hanya lelaki perempuan pun ada juga. Terbayang di ingatan saya dulu hanya di kampong saya saja yang popular dengan kenderaan ini tapi sekarang di bandar lagi popular.. macam-macam ada… Tapi walaupun kenderaan ini masih di gunakan sebagai alat penghubung tapi saya tetap beranggapan jika ada lagi kenderaa selain motorsikal saya masih memilih kenderaan lain daripada mengunakannya. Bukan kerana sombong tapi ada kenangan masa silam yang masih segar dalam ingatan…… kepada penunggang motorsikal berhati-hati di jalan raya dan utamakan keselamatan dan ingat orang yang tersayang… maju selalu… Bersemangat…….
Add a comment April 20, 2008







